Tuesday, December 27, 2011

diamdiam aku jatuh cinta padamu.

assalamualaikum. aihh. maap dong. maap. aku menipu jek kate rajin nak update blog bagai, semester nie. hehe sekali? hampehhhhhh. malas menguasai diri. takde idea lah. aku nie memang busy je memanjang. ada empat subjek pon still tak sempat. bangun pagi kene buat sarapan, kejut suami, siapkan suami, siapkan anak. aihh. biasalah. isteri mithali. wahhhhhhhhh. HAHA.

cube ekau tengok tajuk entry tu. haha ade rase nak geli geliman tak? kalau ade. baguss ahhh. sebab anda berada di track yg betul. aku memang nak buat korang geli geliman tegang bulu roma. kehkehkeh. takde ape pon. nak update pasal suprise time ktorang balik cuti hari tuh. 24. disember. nak kena cerita ke? malas ahh. tengok gambar ajelah ekk.. hee


kekasih datang tunggu depan rumah. aku sedang membazir air mate. telefon berbunyi.
"awak, turun bawah kejap. saya depan rumah"
sedaya upaya kawal suara excited daripada didengari. berlari tukar baju, sarung pape yang patut dan zupppp.
"assalamualaikum" 
wahhh. depan rumah you all. bawak menatang nie. Aihh. kalau laki aku dah lama aku peluk. *panggggg!!
haha. memain jek. malumalu aku ambil dandia salam mak semua. dan.
"okayy lah. saya balik dulu. ayah nak gerak dah tu"
woooo. airmata haruslah nak keluar kan.. hee


berebutrebut dengan eqmal taknak bagi eqmal rasmikan dulu. hehe
bukan ape. buatnya ade katak ke. aku kena prank ke. kan kesian. biarlah aku yang bukak dulu.
HAHA *walhal gelojoh.


yeyeahh! ini peganti bantal bunny yang dah nazak aku kerjakan. haha aku memang bukan type girl yang suke teddy. sumpah aku tak suka. kau bagi besar mane pon, cepatcepat aku masukkan dalam almari. lagi satu, kalau yang besarbesar tu aku takut. hehe nie nama dia QIEM. pronouns as kim.




wahhh. teruja tahu. trima kasih kekasih. lepas bukak, cepatcepat try. takot tak muat. hehe
ada dua helai satu lagi kaler lain. btw, baju kiteorang hampir sama. hee *gedikkkk.



santekkk tak? hehe terimakasih awak.

and lastly.. paling aku suke.




hoorayy! suke! sebab dapat baju nie. dah lama dah bodekk. tapi dia kate dia sayang baju nie. yess! akhirnya dapat. thankss!! *sila geligeliman.

okayy. tuh jek kot. panjang lebau dah nie. penat den type. dah lah aku macam manusia dari zaman perang yang type terkialkial. kalau ade assignment group, dorang awalawal lagi taknak bagi aku type. takut terlepas due date katanya. haha hampeh bettul. 

sekarang kekasih sekeluarga tengah kat pahang. holiday. parents dia ade ajak aku. tapi, mak tak bagi. ibu dia sampai call mak aku uolss. terharu i. hee.


dear kekasih. i will wait for you. 

Tuesday, December 6, 2011

semester nie dah takde sponsor.

alaa. tadi lalu wing bawah. nampak ade orang jemur seluar. teringat afiqah hasan. sebab seluar tuh seems like hers. hehe dah lama tak jumpe dia. and lagi sekali teringat dia sebab budakbudak dok cerita pasal pergi Appreaciation Night Accounting studentss. sebabbbbbb.. selama nie dia yang sponsor baju dinner aku deyhhh. HAHA okayy. Afiqah hasan dah pergi penerapan. means, student uitm semester3 layak untuk apply penerapan yang memboleyh kan korg pergi degree terus. tak payah habis kan diploma. aku mohon, dapat sama tempat dengan afiqahasan, tapi tak pergi. im not confident. takut condem tengah jalan. tapi,kalau ikot logik. boleyhje. takpe, insyaAllah ade rezeki lagi nanti. anywayy. goodluck Afiqah.



dinner semester3. baju kemeja ialah by Afiqahasan. tema dinner chinese ape ntah.



satu suit pakaian di taja oleh afiqahasan. wahhhh! macam glamour je caption. HAHA yang nie memang 100% by afiqahasan jugak. masa dinner semester2.

aihhh. nampaknya, dah kena start cari sponsor baju dinner yang lain lah pulak lepas nie. takpon, tak payah pergi dinner semester nie.haha toodlez.

bila yang terakhir.

aihh. bila lah akan jadi yang terakhir. penat dah. im quit. harytuh kate tyme karisma yang terakhir. tapi, tadi wanie mesej cakap sabtu nie bersamaan 10 Dis ade game dekat Stadium hoki bukit jalil, jadi melonjak-lonjak nak main balik. ouhhhhhhhh. sama susah dengan nak tinggalkan kekasih lama tao! haha *hiperbola.

ntahlah. takde jawapan. tak reply lagi mesej wanie. nantilah. tak tahu nak pergi ke tak. hmm. okayy lah. need to go. ada class akaun. btw, ini semua ialah gambar time karisma. mungkin nie my last pictures with hockey. or mungkin tak. siapa tahu?























haa. tengok. one of my teammate pon dah dengan gembiranya update status fb cakap pasal nak pergi game hockey sabtu nie. issshhhhhhhhhhhh. CIKGU!! saya nak main dengan team dulu. okayy. bubye.

Wednesday, November 23, 2011

semuanya memang AWESOME.

assalamualaikum. waahhhhhhh. lamenya dah aku tinggalkan blog nie tanpa sebarang nafkah. kesiannya ekau ye. bertuankan seorang gemok yang amat lah pemalas nak update blog sendiri. hehehe tapi takpe, semester nie macam banyak je nafkah yang aku nak bagi dekat ekau.* ecececeh. macam lah rajin bebenor.

 okay. actually wa nak tulis pasal bende2 awesome yang berlaku and akan berlaku sem nie. woohoooo! banyak ohh. semuanya menyayat haty dan perasaan.

firstly bende yang paling aku rase boleh tangkap shadu sampai aku habis sem4 nie ialah pasal duet ptptn aku yang masuk hanyalah RM800. arghhh. yep! takyah nak kate aku ade typo error or pape. nie memang kisah benar okayy. sem ini aku akan hidup dengan RM800. yang kini dah tinggal RM467. semester baru je start, tapi dah takde duet. ini memang sangat AWESOME ye encik ptptn.

secondly, akibat dah nazak duet hampir kering ketika di awal sem, maka aku decide untuk menjadi vegetarian separuh masa. ahhhh ahhh ahh. ini ialah kerana, aku hanya akan jadi vege ketika di kampus semata. hehe boleyh ke seorang yang giler tak makan sayur akan menjadi vege? ohh. marilah cabar saye. marilah kite bet. kalau aku menang, korang bagi rm700 aku yang ptptn lesapakan secara tak sengaja tu. hehe. menjadi vege kerana kos makan sayur dekat uitm ni sangat murah. nasi RM1.00 + sayur RM 0.50. see? aku pastinya boleh jimat. OHHH. hell. fulsetop. btw, AWESOME jugak kan?

pastu, this sem aku dapat bilik sem 3 yang amat tinggi dan memenatkan. di tambah dengan kelas sem nie banyak dekat bangunan tinggi menggunung. ohh. ohh. aku memang suke sebab boleyh kuruskan aku. HAHA even takde pon cakap aku gemok. *panggg. yelah. jadi vege, ikat perut and naik bangunan tinggi memang mampu buat aku slimm melimm nie. wahhhhh. heaven.

kesimpulannya.. semua ini sangat AWESOME lah. i love semester 4. mesty aku boleh dapat tinggikan pointer sebab otak dah bernas makan sayur jek tipa hari. HAHA okayy. mengarut. see ya!



maka dah takdelah muka termakan sayur macam nie after this.

Thursday, September 15, 2011

sekadar luahan rasa sebelum final bermula.

assalamualaikum..

tak pernah rasanya menyampaikan rasa..
tak pernah rasanya bermadah pujangga..
sekadar untuk melepaskan lelah di dada..
sekadar untuk melegakan rasa..

tak sanggup rasanya keluar bergembira..
bila di muka harus ditampal secalit senyuman paksa,,
tak sanggup rasanya bercerita kepada sesiapa..
bila akhirnya airmata yang mendahului bicara..

apa yang ada hanyala sementara..
apa yang ku impi jua hanyala bayangan semata..
dikala semua sibuk meniti memori bahagia..
dikala semua sibuk dengan ucapan mesra..
hanya aku dibayangi memori lama..
hanya aku diam seribu bahasa..

apa yang tinggal untuk hari esok?
apa yang akan ku jawab pada hari esok?
aku sendiri tak pasti..

aku sekadar memberi laluan..
pada apa yang ku tak pasti..
pada apa yang kau impi..

tetapi, keiklasan tetap dihati..
memberi laluan pada apa yang kau cari..
memberi sokongan pada apa yang kau nanti..

selagi keyakinan tetap dihati..
kita akan kembali..
kita akan meniti..
hari esok bersama seperti yang ku impi..

hanya waktu.. hanya masa..
bersamaku..
hanya peti suara.. hanya mesej lama..
penggantimu..
hanya airmata.. hanya bayangan lama..
menemaniku..

hanya aku cinta kau seorang..


senyum selagi mampu ketawa selagi perlu. biarpun perih di hati tiada seorang pon yang ambil peduli.


aku mungkin bekas pelajar sains teknikal.
aku mungkin seorang pelajar jurusan akaun kirakira.
tapi aku juga mampu bermadah sastera.
sekadar untuk menenangkan jiwa.

Friday, September 9, 2011

marimari belajar resepi utk si awak.

meee udang yang belum dicuba.


Bahan-bahan ( 3-4 org )
  •      1/kg mee kuning
  •      300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
  •      4 sb lada boh / lada giling
  •      *4 ulas bawang merah
  •      *3 ulas bawang putih
  •      *1 sb udang kering
  •      *1/2 inci halia
  •       1 sb petis
  •       3 sb sos tomato
  •       1 sb sos cili
  •       keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
  •       gula n garam
  •       taugeh n sawi * ini ialah benda yang tak akan aku masukkan di dalam manemane masakan aku. HAHA
  •       daun bawang n bawang goreng
Cara-cara
  1.     Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jg buang....
  2.     Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
  3.     Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
  4.     Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
  5.     Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
  6.     Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng..... 

ohh. ohh. assalamualaikum. resepi nie aku copy dari blog mane ntah. dah lame. tyme bulan pose arytuh. so, marilah aku share dengan korang resepi mee udang utk si awak. hee aku belum try lagi. al maklum saye ialah budak uitm yg masih duduk di kolej. tiada kebenaran untuk memasak macam kat rumah kau yang berbayar setiap bulan itu ye. wehhehe. aku masih bersyukur sebab takyah nak kuar duit every month utk bayar duit sewa rumah api air segala. 

okaayy. abaikan itu. resepi nie nanty nak cube. * insyaallah. tyme cuti study week sebab aku memang sorang student yg tak retireti nak manfaatkan waktu study week utk belajar. hoooo. nanty aku share hasil mee udang air tangan emalia sis. adekah sebijik dengan gambar? better? or maybe worse! HAHA sayangg, awak makan je kan bile saye festyme cube. wee. love, emalia sis.

    Thursday, September 8, 2011

    dondang sayanggg.

    weeee.weeee.weee. hehe aku memang sengaje cari tajuk yang boleyh buat korg termuntah ikot fevret kaler masingmasing. so, sapesape yang suke kuning, sila muntah kuning dan seterusnya. pandaipandailah cipta muntah sendri ye. aku tetap nak cerita. HAHA

    cerita dah nak basi pon. biarlah. fesly, special thanks to  afiq hafizuddin sebab dah organize satu birthday party utk saye. weee. thanks b. okayy. meh i story sikitt. tyme tuh fes raye. 30 august. birthday aku pon 30 august. punyelah cantik kazen aku dengan dia plan nak buat suprise malam tuh, tapi akhirnye aku sampai lmbat. dan mereka pon tunda suprise ke hary raye kedua. newayy, still boleyh buat muke aku merah dan malumalu utk bertentang mate dengan kekasih ye. auchhhh! HAHA * sila lah muntah sekarang. aku dah masuk ayat jiwangjiwang je nie.

    kek yg giler sedap pon dah selamat aku potong besama dengan birthday wish g aku sendiri dah lupe. ohh, wish yg aku mksudkan, azam laa. hadoii. kan orang potong kek selalu ade azam segala. taapi, nerves punye pasal, aku dah lupe da ape azam aku utk tahun nie. HAHA. 


    seee!seee! giler yummy tak? choclate diaaaaa. fuhh. memang dpt hilangkan tahap mengidam aku tyme bulan pose arytuh laa. thanks to my b and kazen: akak. best glerr ooo. aku makn hampir 3 slicess! orang lain dah muak. aku je yg super excited makn kek birthday sendri. sumpahh rase dia macam choc indulgence kat secret receipe! nextyme i pulak bawak b pergi makan kat secret receipe yek. tape pakse je awak walaupon cepat muakk. hehe * okayy sila muntah lagi.

    gambar festyme aku amek dgn my boy. before nie aku memang tak pernah amek pic tyme couple. tp, aku jela yg festyme. dia dah many tyme dah ponn. heee lokasi ialah di rumah sendiri. dia datang beraya mase tuh. credit to syazwani sebab dia dah jadi photographer tak bergaji yg pakse aku bergambar. i really love it! auwwww! HAHA

    ishh.ishh. nampak tak senyuman tak ikhlas. hamboii,hamboii. saye punyelah super excited senyum lebar bagai nak ketawa, awk senyum sikit je. dush3! tape, pic next year, saye balas balekk. hehe * tak penat ke muntah bace entry dondang sayang aku??

    okayylah. lastly. thanks muhammad afiq hafizuddin  and radin norhafizah for the suprise and cake. korang memang berjaye buat saye senyum sorangsorang biler ingat balik. nie baru datang bawak kek je. cube awak datnag bawak cincin, maunye saye pengsan. takpon, dengan tibetibenye saye yang pergi sarung cincn tuh and cakap setuju! HAHA moral  dia, nak datang kne inform ye sayangg. jangan maen terjah2. nanty saye jadi superrr clumsy. love, nurul emalia.

    Tuesday, September 6, 2011

    menghakimi.

    assalamualaikum. salam syawal. sekarang orang semua mood raye masih bersisa yek. setiap hari jumpe kawan mesty ade je cerita pasal raye. tgokk gmbar raye. aku jek takdek gmbr raye. weehoo. paling sadis.

    okayy. saye sbnarnye ingin mengisahkan.. waaah! hehe nak tulis pasal satu bnde yg aku cam tak puas hati. tadi aku google macam-,acam bnde. sebenarnye nak buat term paper, tapi melencong kelain lak jadinye.
    main topicnye ialah PERBEZAAN ANTARA GRADUAN IPTA DAN IPTS.

    senang cerita, tadi aku bace pasal nielah. orang dok argue pasal student ipta and ipts. aku memang macam setuju yang mereka bincangkan pasal gred pointer utk ipts lebey mudah compare to ipta. tapi, takbleyh laa nak ckp diorang dapat pointer tinggi disebabkan gred senang. tanpa study, boleyh ke dorg capai tahap camtu? walaupon senang utk dorg dapat pointer tggi, tak semestinya graduan ipta akan dipilih bile compete ngan graduan ipts tyme nak mintak kerja nanty. still ade persaingan walaupon sedikit.
    okayy. one more thing. bile kite cakap pasal college je, mesty otak automatik cakap swasta. and swasta takde persaingan pon nak masuk. yes. aku admit benda tuh. even aku ngan kawan-kawan tyme habis spm dulu berlambak je surat dari college swasta. sampai ade yg tak bukak sampai sekarang. last-last nak raye baru perasaan dan berlonggokla mereka dalam plastik hitam. huu back to our topic. kalau cakap swasta mesty cakap, " alaa, asal banyak duit boleyh je sambung belajar kat college swasta tuh. but, jangan lupa. ade jugak budak swasta yg dapat scholars. so, bukan semua budak swasta mcm tuh.

    selain itu, cehh. macam buat karangan kan? hehe swasta cost tggi. duit pinjaman khas utk biaya yuran and keperluan belajar. takdenye nak guna duit pinjaman tuh nak berjoli macam budak-budak ipta. memanglah, kawan aku amek cos yg mcm kedoktoran pinjam 52k and duit every sem berlambak kat kolej semata- mata. bile habis stdy, hamek kau! berlambak hutang. tak termasuk hutang nak beli kereta rumah sume. tapi, ade je budak swasta yg dapat offer kerja dulu brbanding budak ipta. see? berbaloi tak?

    and lastly, bile org tanye " akak study mane sekarang?" akak kat kl, study kat college bla,bla,bla" "ohh" makcik yg bertye td pon buatla muke seposen tak berkenan nak tye lebeyh lanjut. nie selalu je terjadi. bcoz..for them, study college senang masuk. spm bape kerat pon boleyh blajar kat kolej. ohh! aku ta suke. dorang kadang-kadang bukan nak sangat study college, of course kalau ade peluang masuk ipta, confirm dorg nak ipta. tapi nak buat camne, result and mungkin rezeki takde. maka, terpaksala mereka study kat college sahaja. AT LEAST dorang nak further. semakin bertambahlah generasi berilmu kat malaysia nie. ye tak?

    baiklah itu saje. jangan terus menghakimi mereka. even saye seorang pelajar ipta, tapi saye tak berapa setuju dan berfikir, ape akan jadi kalau saye kat tempat mereka. jadi, belajar rajin-rajin supaya dapat peluang ke ipta. assalamualaikum.

    Thursday, August 25, 2011

    sequences of favourite colors.

    Merah merupakan warna paling hangat dan bertenaga di dalam spektrum. Kita mengaitkan merah dengan cinta, Hari Kekasih, bahaya, sifat berahi, kelajuan, kekuatan, keganasan, kemarahan, tanda-tanda kecemasan dan darah.

     Jingga adalah campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat tapi lebih sejuk dari merah. Jingga menunjukkan tenaga. Ia mempunyai sifat berkilau, jadi ia sering digunakan untuk menarik perhatian, contohnya di papan tanda keselamatan.

    Hitam mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, sifat rasmi, kecanggihan, kekayaan, misteri, rasa takut, kesedihan, fikiran yang dalam, gaya, kejahatan, penyesalan, kemarahan, kematian dan keadaan berkabung. Ia juga warna teknikal yang baik.

    Ungu menandakan warna diraja, kerohanian, martabat yang tinggi, misteri, pertukaran, kearifan, kesedaran, kekejaman, keangkuhan, dan keadaan berkabung. Ungu dianggap warna luar biasa.



    Hijau merupakan salah satu warna yang paling digemari. Ia mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah, masa muda, pembaharuan, semangat, musim bunga, kemurahan hati, kesuburan, rasa cemburu, kurang pengalaman, rasa dengki dan nasib kurang baik.



    Sunday, August 21, 2011

    kenangan umursekolah.


    muke tyme form5. 
    hari nie aku nak msukkan bberapa gmbar yg aku terjumpa dlm pendrive yg dh lame gler aku simpan.
    rasenye tggal bpe space je lagi. so, aku cm decide nak kuburkan memorable pendrive nie bersama-sama barang2 tyme skolah dlu. kire ade sentimental value laa. ngee~

    i love LK.
    ye. saye merupakan seorang pelajar yg mengambil subjek lukisan kejuruteraan. dan result utk spm ialah A- sahaje. maka, saye kuburkan minat utk jadi seorg engineer.


    hockey.
    sekali lagi. saye ialah seorang pemain hoki tegar suatu mase dahulu. saye merupakan captain pasukan since 
    form3 dan sekarng dgn rasminye saye mengumumkan, saye enggak minat lagi maen hoki. booo~

    the best gift from 'hockey'
    haaaha! mungkin nie salah satu reason paling kukuh utk buat aku quit hoki, huu
    nampak tak betape sakit dan merana nyee aku tyme nie? ini ialah tyme form4 akhir tahun.
    ceritenye camnie. team ktorg wakil johor pergi MSSM sekolah-sekolah kluster. time tuh tengah cuti ape nth. tournament ialah di PERLIS. kau boleyh bayangkan tak? johor ke perlis? sangat hujung ye kalau ikot peta malaysia. and tyme game dengan skolah convent bukit nanas, dengan tak sengajanye player tuh boley pkul aku dengan kayu hoki dia. auchhh! terus terduduk terbaring meraung2 lah aku kann. hidung berdarah and mata aku langsung takleyh bukak. and mase tuh aku merintih." weyh, aku taknak buta" hehe. and disebabkan kejadian itu, aku ditahan wad selama 6 hari and jadi pesakit yg tak boleyh turun katil. kire dia nak pasang tiub buang air sume tuh. fuhh! aku merayu ckp, takpe3! saye bley jln slow2 g toilet. HAHA



    saye ialah si baju kuning bercermin mata.* pndai2 lah pilih.
    dengan cluzmate time form5.

    saye mengaku saye ialah budak kadet remaja sekolah yang tidak pandai berkawad. hehe.

    okayy. rasenye nie je. dah boleyh letak pendrive dalam kotak. toodlezz.
    selamat hari raya. maafkan saye. :) 

    Thursday, August 4, 2011

    nukilan1* things end.memories?


    “ eh, sape name kau ek?” “hehe..kau tanye lah dia”..”ahh,takde..kau tak boleh tahu name dia. Nah. Pergi letak helmet nie. Pastu kite pergi minum .” “ekeleh kau. Kedekut.” Gadis itu hanya mampu tersenyum melihat dua orang kawan itu. Kelakar. Nurul. Ya. Itulah nama gadis selesa keseorangan sejak datang untuk mendengar ceramah hinggalah dia berjaya mendapatkan sekeping lesen percubaan memandu. Peristiwa itu merupakan kali kedua lelaki itu mencuba bercakap dengannya. Kali pertama nurul melihat lelaki itu ialah semasa  mereka sedang mendengar ceramah tentang pemanduan kereta. Dan pada ketika itu jugalah merupakan kali  pertama lelaki itu menegur nurul yang sedang galak bermain sms semasa guru memandu sedang menerangkan tentang kedudukan component yang terdapat pada sesebua kereta. “ ish, main mesej je”. Ayat yang cukup pendek tapi mampu membuat dia berasa tidak selesa dengan teguran pertama si lelaki. Teguran pertama. Dan ayat pertama darinya.

    Hari berlalu. Mereka tidak lagi bersama untuk belajar. Nurul hanya kerap berjumpa dan belajar bersama dengan Shah, kawan lelaki itu. Perkenalan Nurul dan Shah berterusan hinggalah mereka bertukar nombor. Shah sangat gembira dan melayan Nurul dengan baik. Sehingga dia berasa rimas. Mungkin itu adalah disebabkan hatinya yang telah tertutup untuk orang bernama lelaki. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Shah untuk mengambil hati Nurul, namun sedikit pon tidak dapat mengubah pendirian seorang gadis yang telah kecewa dengan pengalaman lalunya.

    Hari berterusan. Namun mereka tidak lagi pernah bertemu. Sehinggalah hari percubaan menunggang motosikal. Nurul mendapat giliran keenam. Ya Allah. Masa itu tiada siapa tahu betapa takutnya dia. Seorang diri dan tiada kawan untuk berbicara bagi menghilangkan kegugupan. Pertama,pass. Kedua,pass. Ketiga hinggalah kelima, pass. Kini giliran dia. Semua calon tertumpu padanya bersama dengan motosikal bertuah yang ditunggangnya. Ohh,dia hanya mampu berserah. Tidak sampai separuh perjalanan di atas titi kecil itu. Dia telah gagal. Ya,gagal. Menjadi orang pertama dan terakhir yang gagal pada sesi itu sangat memalukan baginya. Nurul segera menghilangkan diri dan duduk di suatu sudut dengan harapan tiada siapa akan datang kepadanya malah melihatnya. Malu. Namun, tidak disangka, Shah datang. Diikuti dengan lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu amat merimaskannya bila dia bertanya markah yang diperolehi nurul. “sibuk je nak tahu,tahu lah dia pass.” Desis suara di fikirannya. Tetapi,itulah titik permulaan perkenalan mereka.

    Sejak hari itu, tiada lagi berita mengenai Nurul dan lelaki itu. Tiada apa yang pelik bagi nurul. Kerana baginya, lelaki itu tiada bezanya dengan yang lain. Kawan. Mereka boleh dating dan pergi.Pada hari percubaan memandu kereta yang kedua. Dimana percubaan kai kedua bagi sesiapa yang telah gagal pada percubaan yang pertama. Nurul terlihat akan si lelaki. “ heh. Kau pon failed jugak. Takla ebat mane.” Desis satu suara nakal dari benak fikirannya. Selepas lalui percubaan memandu kali kedua itu, nurul telah berjaya. Dia tunggu di bangunan utama sekolah memandu tersebut untuk menuggu giliran bagi percubaan motosikal bagi sesi kedua pula. Ya. Dialah antara si malang yang telah gagal kedua dua ujian kereta dan motor itu. Tanpa disangka, lelaki itu sekali lagi dating kepadanya. Pada mulanya, dia bertanya perihal Shah yang sudah melesapkan diri selepas membaca mesej dari inbox nurul. Sakit hati barangkali. Namun, nurul sedikitpon tidak member riak bersalah. Kerana merka bukan dalam satu hubungan yang serius. Shah tidak ada Hak untuk melarangnya berkawan dengan Farhan. Lelaki itu hanya diam setelah nurul memberitahu bahawa Shah sudah pulang terlebih dahulu. Kemudian, perbualan mereka diteruskan lagi sehingga mereka tahu nama masing-masing. Nurul dan Muhammad.
    “ kau dah ade pakwe?” dia memecahkan kesunyiaan. “belumlah. Aku malas. Kau?”. 
    “ aku baru je lepas putus. Awal bulan dua haritu.” Kate Muhammad.
     “ohh,kenapa?” tanye nurul sekadar untuk melengkapkan perbualan.
    “ dia kata aku takde masa untuk dia”.
    “hm, biasalah tu. Memang ada perempuan yang sentiasa nak pakwe dia sentiasa dengan dia.”
    Masa itu, Nurul teringatkan bekas kekasihnya. Bekas kekasih yang amat disayangi. Yang membuat dia menyesal atas perpisahan mereka. Petang itu, perbualan mereka tamat setelah Muhammad mendapat panggilan dari ibunya supaya pulang unruk mengambila adiknya dari taska.
    “ okaylah, aku balik dulu. Ehm, nak number kau boleh?”
    “haa. Yelah.”
    “ kau pakai celcom ke maxis?”
    “maxis”. Tipu sunat. Nurul memang tidak suka beri nombor phone celcomnya kepada lelaki. Dia sekadar meberi no telefon maxisnya bagi sesi suai kenal dengan manamana lelaki.
    “ okay, thanks.”
    “haa..okay..” . Nurul hanya memerhatikan Muhammad pulang. Tibe-tibe dia menoleh kembali.
    “ eh, Assalamualaikum”.
    “ waalaikumussalam.” Sejuk hatinya mendengar seorang lelaki memberi salam kepadanya dengan senyuman bagi mengakhiri perbualan mereka.             
    Pada petang itu, nurul dikehendaki mengambil ujian kali kedua bagi mtotosikal. Semasa menunggu giliran tiba, satu mesej masuk.
    Tettt,tett,tettt,tettt.. 1 message received.
    ‘ goodluck okay. Buat baik-baik. Jangan takut sangat.’ Mesej terus dibaca.
    “ eh,siapa pulak nie. Dah la ayat penuh-penuh. 0177******.”
    Nurul membalas. “ thanks. Erm,siapa ye?”
    Tett,tett,tett,tettt..1 message received.
    “wah, cepatnya balas.”
    Mesej dibaca. “ laa,baru kenal tadi dah lupa. Sedihnya.”
    “ohh. Lelaki tadi rupanya.” Barulah nurul sedar si pemberi sms itu ialah dari Muhammad. Tetapi, pada saat itu, Nurul betu-betul lupa nama lelaki itu. Dia confused.
    “eh,sape ye nama lelaki tadi” memang Nurul ada masalah dalam mengingat nama orang. Jadi dia abaikan saje.
    Dia terus menunggu giliran sehingga dia Berjaya lulus ujian kali kedua. Walaupon malu,tapi, tanpa ujian kali kedua ini, dia tidak mungkin bertemu dan berkenalan dengan Muhammad.

    bersambung..sila tunggu. harap sudi baca nukilan tidak seberapa ini.
    muhammad dan nurul. 

    Wednesday, August 3, 2011

    souvenier..



    thanks to all my syayanggss..
    adda,muni,aida,pika..
    thanks for all those things..
    i love it so much.. yg kasut tuh..it is sooo me..
    shoes and green. hehe

    imagine what will happen when APMEA goes without me..
    okayy. thanks a lot friends.
    for keeping your heads on me.

    Tuesday, August 2, 2011

    bazaar ohh bazaar.

    assalamualaikum. rasenya sempat lagi nak wish. selamat menyambut ramadhan! harap kite mendapat barakah di bulan yang mulia ini.

    okayy. nak pergi bazar beli roti jala.
    toodlez.

                                                                     

    p/s: saye memang suke pakai baju and tudung tak matching. hehehe

    Wednesday, July 27, 2011

    i love you b. dedicate for you.



    I am sorry . I've hurt the one that shines my life, I've hurt the one that I care the most. I know it's too well and its my fault. please forgive me . muhammad afiq hafizuddin. you're my everything.

     truly from:
    nurul emalia mohamad sis.

    Wednesday, July 13, 2011

    harapan yang dipunahkan.

    assalamualaikum. bosan kott. sok cuti.and the worst,tadi baru dapat tahu Dato' sahol tuh tak jadik datang. tiket baru jek kirim hazrik beli. and suruh dia bawak tyme turun training hoki..tapi,tahu2, Dato' tuh tak jadik datang dis weekend..depressed!depressed! hohh. tak bole agaknye nak confirm betul-betul. menyusah kan. dah la plan nak pergi melaka segala. tapi,kalu dah semua orang balik and ofcoz uitm tak bagi stay sampai ahad,camne saye nak gedikk mengade-ngade..ohhh!ohhh! awak,kalau tak jadi..awak balik dengan izzati ajelaa..sob,sob,sob..

    geram sesangat. tak sampai sejam je hazrik beli tiket tuh. tibe-tibe jek baru tau tak jadi weekend nie!ish,ish,ish!
    sekarang tengah merayu-rayu kat cik fiena supaye dapat tolong saye lancarkan plan yang dh lame dah buat outline. semangat tau! nak jumpe kekasih hati punye pasal + jakun nak naek bus sesame. selalu naek krete jek. tak salah kan nak naek bus. tapi....

    ohh..mungkin aku memang tak ditakdirkan untuk plan aktiviti. seriously said, aku memang tak bley plan. sebab bile aku plan cam seminggu awal or ape laa kan,mesty tak jadi. mungkin dah tersurat aku nie on the spot pnye orang.mungkin? aku mungkin memang kene buat kerje luar jangkaan jek selalu. tak payah nak mengade nak plan segala. walaupon plan luar alam sekalipon. kecewe okayy.


    v>
    see.see. tak tipu tau. dah beli dah pon. punye excited nak g sane.tapi..ohh! malas laa nak cakap. geram and cam makin sadis jek nanti. okay..bubbyee..
    hati saye memang semulajadi seperti tisu.

    Wednesday, July 6, 2011

    tolong lenyapkan perasaan ini.

    hari nie aku nak emosi-emosi sikit.dah lame kan tak emosi berair mate.asyik entry ya beddabeddo jek.kali nie biarlah aku lepaskan emosi ini. aku banyak masalah. aku tak boleh salahkan sesiapa. sebab masalah ialah ciptaan aku sendiri. tak salah mak, abang warning aku setiap mase. stop doing mess. yep. but im sorry mom. i did it again. maybe takde orang dah nak kawen ngan aku. sebab tak nak ade anak yg degil kepala batu + suke buat masalah susahkan orang dari kecik sampai besar. sorry mak, abah,abang..sebab kene tahan dengan saye sejak kecik.

    aku tak tahu. ape yang aku buat pasti datang masalah kelak. am im not belong ere. am i stupid. hohh. banyak persoalan. masalah memang semua orang ade. tapi,mampu ke aku hadapi semua ini. minggu nie aku nak balik, nak screw up mess yang aku buat dekat mak n abah. nak kne explain satu-satu. tak kisah la tertonggeng trbalik ke. asalkan mak abah tahu perkara sebenar. and nak balik, nak pergi buat check up lagi. hmm,tired being emalia. but, i love myself.

    mak,abah..sorry for making those probs. i dont know. and i dont expect that it could be happen. sorry for making both of u dissapointed with me. lately,im totally lost. i dont bother with my study. saye tinggalkan hoki. saye buat mcam-macam masalah. and thats why, saye selalu balik rumah. saye stress. tapi,tak tahu sebab ape. saye penat,tapi tanpe sebab. maafkan saye. saye akan pusingkan balik wayar dalam otak nie supaye balik pade track sebenar saye.

    syazwani mat nawi..aku minatk maaf. kau pon rase aku makin jauh dengan kau. sorry. aku sayang hoki. tapi,aku ade banyak masalah. walaupon xreleven nak kaitkan masalah aku dengan tak datang training. tapi,pliss give me tyme. aku sayang kau. sorry ngau. aku rindu tyme kte sesama. aku bukan dah xhepi kwn ngn kau. tapi,aku bnyk menyendiri sekarang. ngau,aku takot. aku tak tahu nak crite kat sape. aku simpan prob aku sorang2. kau dah tak dekat dengan aku. susah kte nak jumpe sekarang. nth laa ngau. ade mase kite jumpe ye.

    sayangg..maafkan saye kalau bagi bnyk masalah kat awak. kalau awak tak tahan dengan saye. takpe. saye cube kembali macam dlu. trime kasih support saye selama ini. bile masalah saye selesai,saye harap saye boleh happy macam dlu.sorry. sebab ade girlfren degil kepala batu,suke wat masalah, suke emosi macam saye. mesty tension kalau idup dengan saye. tapi,mak kate mak boleh percaya kan awak. mak percaye awak boleh control perangai nth hape-hape saye nie. trime kasih for giving ur ear to listen to my prob. trime kasih for lend me ur shoulder when im cryingg. and thanks for giving me advises when i cant fix my problems. thanks. trime kasih kerana bersabar.

    banyak dugaan,bnyak cabaran.kuatkan lah hatiku.aku janji tak akan lari dari masalah aku sendiri.i love myself.


    mampukah aku segembira ini lagi?