Saturday, April 23, 2016

Angan angan dulu

Hai. hari ni nak cerita pasal kenangan dedulu lah. Tak lah dulu sangat pun. Hehehe Hari ni aku cuti,patutnya half day. Senggugut lemah badan aihh.

Dulu time aku Form2,aku suka gila sains. Konon macam power lah selalu dapat A,terus impian jadi tinggi. Hahaha walhal ujian je pun. Jadi bila dah bajet pandai and teror sains,makanya aku pun tak malu letak lah cita cita psychatrist. Eh gtu ke eja nya? Konon hebat sgt lah nak jd pakar jiwa mental segala. Tak lama keputusan ujian aku pun tak hebat mana. Jadi cam nak tuko cecita lain. Hahaha pastu tak ingat aku tukar nak jadi apa. Tp Form4 and Form5 kan aku choose utk masuk aliran sains teknikal. Walaupun dapat banyak bantahan. Sbb mostly cakap,sekolah sains,ambiklah biologi. Kalau nak ambil teknikal,baik masuk teknik. Reasonable lah jugak kan alasan dan bebelan dorang tu. Tapi aku tetaplah ambik teknikal. Sebab apa? Sebab akusuka tengok org bawak board LK tu. Macam cool gila. Haha Entah pape. Tp cecita masa tu mmg either nak jadi architect or civil engineer. Tapi last2 aku masuk course account. Bukan tak layak pun nak amek engineering. Aku A kot semua suhbjek engineering time SPM tapi aku yg pilih nak jadi Accountant time isi UPU tu. Hee tapi,masa ice breaking part1 diploma Segamat dlu,aku ckp aku nak jadi accountant kat civil line. Sekarang cita cita terakhir tu masih belum tercapai dan masih lagi cecita yg sama. Nak sangat masuk developer or contractor company. Hope ada lah rezeki aku nnti. Dapat kahwin dgn lelaki in civil line pun cecita jugak tu. Mihihihi Doa jelah kan. Mana tahu kannnnn.




Accountant pun in Professional line jugak what. So,cukup lah ilmu sains,engineering and accounting aku belajar. Pasni nak belajar Mandarin lah. Cececece. Okayyy byeee.

Thursday, April 21, 2016

MENGANTUK

Hai. Hari Khamis yang normal. Aku kat office laa ni. Baru masuk lunch pukul 2 tadi. Cemni lah kat office setiap hari pun. Asal mula masuk je,mesti lemau,mengantuk. Nanti tetibe segar dan otak laju berfikir bila dah nak dekat 5.30 petang. Suci sgt perangai aku kan. hahaha

Bila pagi kalau mengantuk pun aku pura pura lah segar sebab Miss Haw ada, dia akan selalu lalu belakang aku sbb ada rak file kat situ. So takkan lah aku nak bermalas malasan men-google dan online kan. Nanti kena sound free je mana nak letak muka oii. hihihi

Eh tetiba dah segar balik ni. Tapi otak masih menerawang baju tunang nak pakai warna apa. kehkehkeh. Mengantuk sgt tu sampai berangan tunang. Oh tadi akak office panggil suruh betulkan cara filing. Aku paling malas betulkan kerja aku. hahaha okay lah. Nak pura pura jap.

Have a nice day everyone. Doakan aku beli USB Cable yang boleh transfer gambar ke PC cecepat yek. Oh lupa bagitahu, PC aku ni RAM dia 500mb sajo yaaa. Sabonyaa aku dengan kelembapan nya setiap hari. Nanti nak pujuk boss ganti Cpu baru. eh Cpu ke nama dia? hahaha byeee

Monday, April 18, 2016

Working Life Now

Hmm. Hai. Aku skrg dah habis belajar. Alhamdulillah di offer kerja sebelum habis belajar lagi. Audit firm kat Batu Pahat ni. Ingat lagi time praktikal dulu,aku punya lah tak suka kerja audit firm. tapi,perancangan Dia lagi hebat. Aku masuk kerja just after balik dr Puncak Alam. ok lah daripada menganggur. hihi

Aku masa diploma dulu memang dah cakap dah kat Aida cam aku taknak sesangat lah masuk Audit Firm ni. Sebab utama mestilah sebab kitaorang dah tahu gaji audit firm kecik as compared to Corporate line. Pastu kerja asyik nak kejar due date jek. Office aku lagi bosan. takde field audit ya. Semua desk audit. Bosan lah kau memerap buat audit kat office je.

Aku selalu lah cam merungut dalam hati. Bosan,bosan,bosan. Tapi kekadang fikir balik,bersyukur dah dapat kerja. Ada kawan aku tak dapat pun kerja lagi sampai sekarang. Alhamdulillah.

Berapa lama dah aku tinggalkan blog ni. dek kerana bosan kat office even kerja berlambak,maka rajin lah aku update semula. hehe sekadar luahkan rasa yang berbukam,sebelum aku jadi emo tak tentu pasal kan. baik lah aku update entry. takde sape yang tertekan. hihi oklah nak sambung kerja. Akak office dah jeling aku. hahahaha

Nah bagi gambar kurus sikit. hihi sekarang gemuk tunggu kurus baru update gambar terkini. hahaha

Wednesday, April 13, 2016

DATA ENTRY PARTIMER - BATU PAHAT,JOHOR

Haiiii! Before youre reading so much,let me state that, I'm offering DATA ENTRY SERVICE. This is NOT a job vacancy. tehehehe

Okay since sekarang banyak keperluan untuk proper accounting kan. Kalau hantar akaun kedai dekat Accounting Firm pun masih perlu buat simple akaun dulu. Maksud simple account like kena susun resit resit tu bebaik according to purchase ke sales ke expenses ke. haaa kan kena buat untuk formal accounting. So,aku ada tawarkan servis tu. Untuk susun bills and receipts and record dalam Microsoft Excel. If nak buat simple akaun untuk kedai runcit ke,kedai buah ke,kedai makan ke,aku boleh buatkan. Korang hanya perlu simpan segala bagai resit tu,then aku just tolong key in in proper way. Caj pun InsyaAllah boleh diterima akal. If sebelum ni korang bersengkang mata untuk key in semua tu lepas tutup kedai, pasni boleh lah balik tidur terbongkang. hihi

Jangan salah anggap aku akan simpan semua tu and jadi akauntan kedai korang ye. Hehe aku cuma kerani yang tolong susun resit resit tu and masuk dalam excel in proper way. Aku cover client area Batu Pahat sahaja ye. Sesiapa pengusaha kedai makan or kedai runcit,boleh contact aku by email.
ersca_alia@yahoo.com. Nak tanya tanya je pun boleh. Kalau nak hantar pergi firm pun,dorang akan suruh korang susun dulu receipt tu semua. So,marilah contact sy untuk servis susun receipt and key in dalam Excel. Takdelah korang tak tahu berapa cost,berapa untung, berapa dah bayar supplier. okayy? Dont hesitate to contact me. Tq semua.