Posts

Showing posts from July, 2013

Alhamdulillah. but what should i choose??

assalamualaikum. ahaiii. bosan lah. lama dah aku tak cecerita. sekarang pon tengah kerja. tak menyempat. dengan nak audit lagi. banyak benda dah kena assist akauntan aku tuh. end of August dah nak panggil auditor. tapi..... aku dapat offer degree Bachelor in Accountancy. UITM Shah Alam. aku daftar awal september kot. acane nak resign nieeeeeeeee. huawaaaaaaaa.


tak terubahkan

tak terubahkan
dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;

--tak terubahkan.

cc: fynnjamal