Thursday, September 20, 2012

tears.

dear my past love,


sincerely,
  your past memory.               



Saturday, September 15, 2012

rezeki..


assalamualaikum. hari khamis aritu, aku pergi masjid dengan kengkawan. ade majlis solat hajat. wahh.. kemain semua nak sedondon jubah oii. haha pastu, lepas ceramah and isyak, time nak balik tu, dapat makanan. sorang dapat sekotak air and sebungkus kuih. tapi, tahap pundi kencing aku memang susah nak control lately nie. soo, aku cakap ah, nak patah balik ke masjid sbb nak lepaskan hajat. jap g, pas aku kuar toilet, mak aih, satu plastic bag kitorang dapat air and kuih. fuhfuhfuh. gembira sakan awak balik hostel yang jauh berbatu dengan beg plastic ngalah g shoping weekend. hewhew




ehehehe. ekau tengok betapa gigih aku bawak plastic bag penuh makanan. pastu,dah sampai bilik pon ade orang bagi jojoe'S hotdog. ohh myy! pastu ade lagi pisang goreng laa ape laa.. banyak giler makanan.
last-last, kuih aku makan buat bfaz. pastu sakit perut. kewl bukan? hahaha

Sunday, September 9, 2012

ME AND HAWA

rentetan kisah dua insan kebosanan dalam kelas bel313 @ oh my englishh. haha


 fine.. alien lagi cantik.


 okay. fine lagi...muke hawa suci dan aku tak. 



 ohh.. my englishhh.. haha annoying giler sekarang asyik lagu tu je terpacul dr mulut memasing. oh myyy!
gambar setrusnya semakin sedar diri dah tua. tak elok buat muke tahpape.




okayy.. baguss.. semakin terkawal tahap tahpape. teruskan lagiiii... heee



finally..

the real us. selamat habis hari raya. muehehe

Friday, September 7, 2012

hallo semester5. ehh?

assalamualaikum. lama giler rasonya den tak menaip katblog nie. dah bersawang kelkatu dah blog nie. haha takde intention langsung nak update. semester 5 pon nak habis dah. tinggal satu je semester lagi sebagai pelajar diploma perakaunan yang bermasalah. HAHA doakan aku dapat Dean List lagi sem nie ye. InsyaAllah aku nak grad dengan selempang kat badan. baru rasa berbaloi aku tinggalkan matrik dan engineering dua tahun lepas. hehe

malas nak type pepanjang. semester nie aku dah jarang ngadap kamera. jarang ngadap henpon. maleh. banyak sangat kerje woooo.. baru aku rase macam mane tension pelajar. baru aku rase macam mane yang orang selalu cakap otak berasap bagai. haha

baru-baru ni aku sambut birthday yang ke20. umur baru, azam baru. tapi tak ingat pulak azam tahun lepas tercapai ke idok. *ape azam tahun lepas pon tak tahu. tapi harapnya azam next semester ialah nak buat semua homework sendiri tanpa tiru. taknak ponteng kelas memvavi buta. vavi buta pon tak ponteng kelas suke hati mcm aku. muahaha al kisahnya aku ialah seorang gadis yang amat malas buat homework dan amat malas nak attend kelas. hari-hari aku akan pergi kelas paling lambat kalau aku rajin nak ke kel;as. kalau aku mals, aku dok je kat bilik even dah bangun semua. aku jgk sangat cinta untuk meniru hasil kerja org lain. bukan tiru ye adik-adik. aku pergi kedai photostate, then aku photostate je segala homework terbengkalai. nanti nak test baru aku tengok balik semua. haha sungguh annoying ye.

this sem aku rase sangatlah annoying sebab ade kelas bel lagi. dah la susah. ade forum,kaji article sume. lately nie aku dah busy dengan forum. anyway,Alhamdulillah assignment 1 & 2 dah pon selesai. tinggal forum dengan test jek. budak course lain senang lenang je dah takyah amek bel sejak sem3. budak akaun je perah2 otak buat assignment tengah2 malam. kalau muet aku cukup2 makan je, tak tahu laa nak kategorikan aku nie bengap tahap mana. hahaha okayy. latest picture tyme buat latihan forum. hari jumaat ya uolss. maka semuanya ayu berjubah. aku jek tak jumpe jubah lagik. hehe


hawa. emma. shawal and adda. we are not in same group. hehe hawa dengan aku je sama group forum.




me with lovely hawa. comel kan dia? :))



group forum aku yang lgik sekali entah dari mana tibe-tibe script forum kitorang dah tersedia. 
jeng..jeng...jeng.. haha
baco ajolah. orang dah buatkan annnnn.. heee

semoga kami berjaya dekan lagi semester ini.
InsyaAllah ill do my best for the fifth Deans award while Aida for her 2nd award. 
Aminnnn...

Tuesday, September 4, 2012

anda gadis yang mana?



7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan:



1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka menunduk ketika berjalan
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan menatap lurus ke depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan nampak tegak ketika berjalan
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

haaa.. cer tengok yang no 3. ahah! aku tuh!!yeahh! nasib banyak positip. tapi seriusly aku memang macam tu. kawan aku sampai boleh agak ape yg aku akan buat time jalan. diorang akan kate aku nie jalan nampak kasut orang je. nak gosip pasal org yang pass by pon susah sebab bila aku angkat muka je, orang tu dah terlepas. makanyaa tensi laa kaum2 yang jalan dengan aku. haha


moh bagi teleng kepala. hehe