Monday, April 18, 2016

Working Life Now

Hmm. Hai. Aku skrg dah habis belajar. Alhamdulillah di offer kerja sebelum habis belajar lagi. Audit firm kat Batu Pahat ni. Ingat lagi time praktikal dulu,aku punya lah tak suka kerja audit firm. tapi,perancangan Dia lagi hebat. Aku masuk kerja just after balik dr Puncak Alam. ok lah daripada menganggur. hihi

Aku masa diploma dulu memang dah cakap dah kat Aida cam aku taknak sesangat lah masuk Audit Firm ni. Sebab utama mestilah sebab kitaorang dah tahu gaji audit firm kecik as compared to Corporate line. Pastu kerja asyik nak kejar due date jek. Office aku lagi bosan. takde field audit ya. Semua desk audit. Bosan lah kau memerap buat audit kat office je.

Aku selalu lah cam merungut dalam hati. Bosan,bosan,bosan. Tapi kekadang fikir balik,bersyukur dah dapat kerja. Ada kawan aku tak dapat pun kerja lagi sampai sekarang. Alhamdulillah.

Berapa lama dah aku tinggalkan blog ni. dek kerana bosan kat office even kerja berlambak,maka rajin lah aku update semula. hehe sekadar luahkan rasa yang berbukam,sebelum aku jadi emo tak tentu pasal kan. baik lah aku update entry. takde sape yang tertekan. hihi oklah nak sambung kerja. Akak office dah jeling aku. hahahaha

Nah bagi gambar kurus sikit. hihi sekarang gemuk tunggu kurus baru update gambar terkini. hahaha

No comments:

Post a Comment