sekadar luahan rasa sebelum final bermula.

assalamualaikum..

tak pernah rasanya menyampaikan rasa..
tak pernah rasanya bermadah pujangga..
sekadar untuk melepaskan lelah di dada..
sekadar untuk melegakan rasa..

tak sanggup rasanya keluar bergembira..
bila di muka harus ditampal secalit senyuman paksa,,
tak sanggup rasanya bercerita kepada sesiapa..
bila akhirnya airmata yang mendahului bicara..

apa yang ada hanyala sementara..
apa yang ku impi jua hanyala bayangan semata..
dikala semua sibuk meniti memori bahagia..
dikala semua sibuk dengan ucapan mesra..
hanya aku dibayangi memori lama..
hanya aku diam seribu bahasa..

apa yang tinggal untuk hari esok?
apa yang akan ku jawab pada hari esok?
aku sendiri tak pasti..

aku sekadar memberi laluan..
pada apa yang ku tak pasti..
pada apa yang kau impi..

tetapi, keiklasan tetap dihati..
memberi laluan pada apa yang kau cari..
memberi sokongan pada apa yang kau nanti..

selagi keyakinan tetap dihati..
kita akan kembali..
kita akan meniti..
hari esok bersama seperti yang ku impi..

hanya waktu.. hanya masa..
bersamaku..
hanya peti suara.. hanya mesej lama..
penggantimu..
hanya airmata.. hanya bayangan lama..
menemaniku..

hanya aku cinta kau seorang..


senyum selagi mampu ketawa selagi perlu. biarpun perih di hati tiada seorang pon yang ambil peduli.


aku mungkin bekas pelajar sains teknikal.
aku mungkin seorang pelajar jurusan akaun kirakira.
tapi aku juga mampu bermadah sastera.
sekadar untuk menenangkan jiwa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

emalia sis.

wedding theme for Lyana Hisyam.

Ramadhan 2016