Thursday, August 4, 2011

nukilan1* things end.memories?


“ eh, sape name kau ek?” “hehe..kau tanye lah dia”..”ahh,takde..kau tak boleh tahu name dia. Nah. Pergi letak helmet nie. Pastu kite pergi minum .” “ekeleh kau. Kedekut.” Gadis itu hanya mampu tersenyum melihat dua orang kawan itu. Kelakar. Nurul. Ya. Itulah nama gadis selesa keseorangan sejak datang untuk mendengar ceramah hinggalah dia berjaya mendapatkan sekeping lesen percubaan memandu. Peristiwa itu merupakan kali kedua lelaki itu mencuba bercakap dengannya. Kali pertama nurul melihat lelaki itu ialah semasa  mereka sedang mendengar ceramah tentang pemanduan kereta. Dan pada ketika itu jugalah merupakan kali  pertama lelaki itu menegur nurul yang sedang galak bermain sms semasa guru memandu sedang menerangkan tentang kedudukan component yang terdapat pada sesebua kereta. “ ish, main mesej je”. Ayat yang cukup pendek tapi mampu membuat dia berasa tidak selesa dengan teguran pertama si lelaki. Teguran pertama. Dan ayat pertama darinya.

Hari berlalu. Mereka tidak lagi bersama untuk belajar. Nurul hanya kerap berjumpa dan belajar bersama dengan Shah, kawan lelaki itu. Perkenalan Nurul dan Shah berterusan hinggalah mereka bertukar nombor. Shah sangat gembira dan melayan Nurul dengan baik. Sehingga dia berasa rimas. Mungkin itu adalah disebabkan hatinya yang telah tertutup untuk orang bernama lelaki. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh Shah untuk mengambil hati Nurul, namun sedikit pon tidak dapat mengubah pendirian seorang gadis yang telah kecewa dengan pengalaman lalunya.

Hari berterusan. Namun mereka tidak lagi pernah bertemu. Sehinggalah hari percubaan menunggang motosikal. Nurul mendapat giliran keenam. Ya Allah. Masa itu tiada siapa tahu betapa takutnya dia. Seorang diri dan tiada kawan untuk berbicara bagi menghilangkan kegugupan. Pertama,pass. Kedua,pass. Ketiga hinggalah kelima, pass. Kini giliran dia. Semua calon tertumpu padanya bersama dengan motosikal bertuah yang ditunggangnya. Ohh,dia hanya mampu berserah. Tidak sampai separuh perjalanan di atas titi kecil itu. Dia telah gagal. Ya,gagal. Menjadi orang pertama dan terakhir yang gagal pada sesi itu sangat memalukan baginya. Nurul segera menghilangkan diri dan duduk di suatu sudut dengan harapan tiada siapa akan datang kepadanya malah melihatnya. Malu. Namun, tidak disangka, Shah datang. Diikuti dengan lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu amat merimaskannya bila dia bertanya markah yang diperolehi nurul. “sibuk je nak tahu,tahu lah dia pass.” Desis suara di fikirannya. Tetapi,itulah titik permulaan perkenalan mereka.

Sejak hari itu, tiada lagi berita mengenai Nurul dan lelaki itu. Tiada apa yang pelik bagi nurul. Kerana baginya, lelaki itu tiada bezanya dengan yang lain. Kawan. Mereka boleh dating dan pergi.Pada hari percubaan memandu kereta yang kedua. Dimana percubaan kai kedua bagi sesiapa yang telah gagal pada percubaan yang pertama. Nurul terlihat akan si lelaki. “ heh. Kau pon failed jugak. Takla ebat mane.” Desis satu suara nakal dari benak fikirannya. Selepas lalui percubaan memandu kali kedua itu, nurul telah berjaya. Dia tunggu di bangunan utama sekolah memandu tersebut untuk menuggu giliran bagi percubaan motosikal bagi sesi kedua pula. Ya. Dialah antara si malang yang telah gagal kedua dua ujian kereta dan motor itu. Tanpa disangka, lelaki itu sekali lagi dating kepadanya. Pada mulanya, dia bertanya perihal Shah yang sudah melesapkan diri selepas membaca mesej dari inbox nurul. Sakit hati barangkali. Namun, nurul sedikitpon tidak member riak bersalah. Kerana merka bukan dalam satu hubungan yang serius. Shah tidak ada Hak untuk melarangnya berkawan dengan Farhan. Lelaki itu hanya diam setelah nurul memberitahu bahawa Shah sudah pulang terlebih dahulu. Kemudian, perbualan mereka diteruskan lagi sehingga mereka tahu nama masing-masing. Nurul dan Muhammad.
“ kau dah ade pakwe?” dia memecahkan kesunyiaan. “belumlah. Aku malas. Kau?”. 
“ aku baru je lepas putus. Awal bulan dua haritu.” Kate Muhammad.
 “ohh,kenapa?” tanye nurul sekadar untuk melengkapkan perbualan.
“ dia kata aku takde masa untuk dia”.
“hm, biasalah tu. Memang ada perempuan yang sentiasa nak pakwe dia sentiasa dengan dia.”
Masa itu, Nurul teringatkan bekas kekasihnya. Bekas kekasih yang amat disayangi. Yang membuat dia menyesal atas perpisahan mereka. Petang itu, perbualan mereka tamat setelah Muhammad mendapat panggilan dari ibunya supaya pulang unruk mengambila adiknya dari taska.
“ okaylah, aku balik dulu. Ehm, nak number kau boleh?”
“haa. Yelah.”
“ kau pakai celcom ke maxis?”
“maxis”. Tipu sunat. Nurul memang tidak suka beri nombor phone celcomnya kepada lelaki. Dia sekadar meberi no telefon maxisnya bagi sesi suai kenal dengan manamana lelaki.
“ okay, thanks.”
“haa..okay..” . Nurul hanya memerhatikan Muhammad pulang. Tibe-tibe dia menoleh kembali.
“ eh, Assalamualaikum”.
“ waalaikumussalam.” Sejuk hatinya mendengar seorang lelaki memberi salam kepadanya dengan senyuman bagi mengakhiri perbualan mereka.             
Pada petang itu, nurul dikehendaki mengambil ujian kali kedua bagi mtotosikal. Semasa menunggu giliran tiba, satu mesej masuk.
Tettt,tett,tettt,tettt.. 1 message received.
‘ goodluck okay. Buat baik-baik. Jangan takut sangat.’ Mesej terus dibaca.
“ eh,siapa pulak nie. Dah la ayat penuh-penuh. 0177******.”
Nurul membalas. “ thanks. Erm,siapa ye?”
Tett,tett,tett,tettt..1 message received.
“wah, cepatnya balas.”
Mesej dibaca. “ laa,baru kenal tadi dah lupa. Sedihnya.”
“ohh. Lelaki tadi rupanya.” Barulah nurul sedar si pemberi sms itu ialah dari Muhammad. Tetapi, pada saat itu, Nurul betu-betul lupa nama lelaki itu. Dia confused.
“eh,sape ye nama lelaki tadi” memang Nurul ada masalah dalam mengingat nama orang. Jadi dia abaikan saje.
Dia terus menunggu giliran sehingga dia Berjaya lulus ujian kali kedua. Walaupon malu,tapi, tanpa ujian kali kedua ini, dia tidak mungkin bertemu dan berkenalan dengan Muhammad.

bersambung..sila tunggu. harap sudi baca nukilan tidak seberapa ini.
muhammad dan nurul. 

3 comments:

  1. cepat la sambung ema...yana xsbr nak bace nie.. =) pape pown...bez la....sweet =)

    ReplyDelete
  2. haha.. skang nak jadi penulis novel plak ke.. hehe

    ReplyDelete
  3. boley je lau kau nak jd first buyer novel2 aku..HAHA xsupport lgsung tao.

    ReplyDelete